Program MYHackathon 2024 adalah program hackathon peringkat kebangsaan yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu usaha Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Malaysia kepada Rakyat. Program ini merupakan sebuah inisiatif di bawah MYStartup yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta dilaksanakan oleh Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle).

Perjalanan

MYHackathon 2024

Pengumuman Pernyataan Masalah

Tujuh (7) Pernyataan Masalah diumumkan kepada orang awam pada 3 September 2024 menerusi hebahan di laman web MYHackathon 2024 dan seluruh platform media sosial Cradle dan MYStartup.

Pelancaran Rasmi MYHackathon 2024 & Pendaftaran Dalam Talian Dibuka

Majlis Pelancaran Rasmi MYHackathon 2024 pada 23 September 2024.

Pendaftaran dalam talian turut dibuka untuk pasukan yang berminat menerusi laman web portal MYHackathon 2024 yang akan dibuka pada hari yang sama.

MYHackathon 2024 : Hari Pertama hingga Hari Ketujuh Belas
  • Hari Pertama: Majlis Pelancaran Fizikal

  • Hari Kedua hingga Ketujuh: Aktiviti dalam talian

  • Hari Ketujuh: Tarikh akhir penghantaran solusi

  • Selepas Hari Ketujuh:

    • Sesi senarai pendek peserta
    • Majlis Pitch Akhir
    • Pengumuman Pemenang secara fizikal
  • Semua maklumat ini terdapat dalam kit peserta yang boleh dimuat turun oleh peserta berdaftar.

Program Pasca-Kemenangan

Semua pemenang akan menerima bimbingan pelaksanaan projek selama 12 bulan. Bimbingan akan diberikan secara ‘one-to-one’ dari Pasukan Pengurusan dan panel mentor bagi memastikan setiap solusi berjaya disiapkan ke tahap pelaksanaan lapangan (pilot deployment).

Mengapa anda perlu

Menyertai MYHackathon 2024?

Menyelesaikan Masalah Sebenar

Setiap pernyataan masalah yang dikemukakan dalam MYHackathon 2024 dipilih daripada kementerian, jabatan atau agensi kerajaan yang benar-benar memerlukan penyelesaian.

Panel Mentor daripada Pakar Industri

Panel mentor MYHackathon 2024 terdiri daripada pakar industri untuk membantu setiap pasukan memahami pernyataan masalah dan maklumat industri/ekosistem dengan lebih baik.

Menangi Geran Bersyarat Bernilai RM250,000

Setiap pemenang MYHackathon 2024 bakal menerima geran bersyarat bernilai RM250,000 untuk menyiapkan projek penyelesaian rintis dalam tempoh 12 bulan selepas kemenangan.

Peluang untuk Solusi Menjadi Jualan Pasca Program

Sekiranya projek pelaksanaan lapangan berjaya, solusi tersebut memiliki potensi yang tinggi untuk jualan pasca program (follow on sales), sekaligus memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak pemenang dan kementerian, jabatan atau agensi kerajaan.

Senarai

Pernyataan Masalah

Pernyataan Masalah 1
Solusi digital untuk masalah memberi perkhidmatan bantuan guaman kepada rakyat yang layak.
Pernyataan Masalah 2

Solusi digital untuk masalah menguruskan cadangan projek PPP (Public-Private Partnership).

Pernyataan Masalah 3

Solusi digital untuk masalah merekodkan dan menguruskan prosiding sidang Parlimen.

Pernyataan Masalah 4

Solusi digital untuk masalah menguruskan dan memantau kerja pengurusan projek dan kontrak.

Pernyataan Masalah 5
Solusi digital untuk masalah menerima dan menguruskan aduan rakyat.
Pernyataan Masalah 6
Solusi digital untuk masalah menguruskan dan memantau pelaksaan program-program CSR dengan lebih telus, cekap dan efektif.
Pernyataan Masalah 7

Solusi digital untuk masalah jadual penanaman dan penuaian padi yang optimum.

Apakah

Kriteria Penyertaan MYHackathon 2024?

Senarai Pemenang MYHackathon

Edisi Terdahulu

  • All
  • 2020 Winners
  • 2022 Winners
  • Cohort 1
  • MYHackathon Johor Bahru
  • MYHackathon Kuala Lumpur
  • MYHackathon Kuala Terengganu
  • MYHackathon Kuching
  • MYHackathon Penang
Inisiatif oleh:
Dikuasakan oleh:
Sebuah program di bawah:
Rakan korporat:
Maxis
Rakan komuniti:
DigitalPenang-1

Adakah anda mempunyai solusi yang dicari?

Daftar Minat untuk MYHackathon 2024!

Kit Peserta dan maklumat Majlis Pelancaran Rasmi akan diemelkan kepada anda 🙌

MYHackathon Interest