MYHackathon 2020: Sebuah Perjalanan Maraton MOSTI Bersama Rakyat Untuk Mendigitalkan Perkhidmatan Kerajaan

 MYHackathon 2020: Sebuah Perjalanan Maraton MOSTI Bersama Rakyat Untuk Mendigitalkan Perkhidmatan Kerajaan

MYHackathon 2020: Sebuah Perjalanan Maraton MOSTI Bersama Rakyat Untuk Mendigitalkan Perkhidmatan Kerajaan. Kerajaan di seluruh dunia sudah pun memulakan perubahan dan anjakan strategik untuk kekal relevan dalam sistem penyampaian servis kepada rakyat. Seiring dengan perkembangan dunia digital dan solusi teknologi, Malaysia mempunyai tugas yang besar untuk mendigitalisasikan servis perkhidmatan kerajaan. Sebagaimana kita ingin melihat aktiviti ekonomi dan perniagaan dirancakkan melalui mod digital, permasalahan yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat juga memerlukan solusi digital. 

MYHackathon merupakan hackathon nasional yang pertama di Malaysia. Program yang seumpamanya ini telah diterajui oleh Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi  (MOSTI) melalui agensi pelaksananya iaitu Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle). MYHackathon adalah satu platfom unik yang mengumpulkan idea-idea bernas daripada rakyat untuk membantu proses pendigitalan perkhidmatan Kerajaan. Hackathon ini direka secara inklusif bagi membolehkan semua individu dan syarikat startup di seluruh negara tampil menyelesaikan 6 tema utama berserta dengan pernyataan masalah. 

YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri MOSTI berkata, “Program MYHackathon 2020 yang telah dilancarkan pada Oktober tahun lalu adalah program yang pertama seumpamanya di Malaysia dan merupakan suatu komitmen berterusan MOSTI dan agensi terlibat untuk memastikan proses digitalisasi dapat dilakukan secara berperingkat dan menyeluruh di Malaysia. Melalui program MYHackathon ini, kita dapat menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan ‘technopreneurs’ negara, terutamanya dalam kalangan belia dan memperhebatkan usaha pembangunan serta penggunaan teknologi tempatan dalam usaha mentransformasikan negara terutamanya pasca pandemik COVID-19,”

Masalah yang diselesaikan oleh para peserta dalam program ini dikenalpasti daripada pelbagai peringkat dalam pentadbiran kerajaan, bermula dari kerajaan persekutuan sehinggalah ke peringkat negeri, kerajaan tempatan dan daerah. Permasalahan utama kemudiannya dirangkumkan ke dalam tema-tema akhir yang dicadangkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) semasa peringkat awal pengumpulan data untuk program MYHackathon. 

Hasilnya, seramai 37 buah pasukan dari seluruh negara telah memenangi MYHackathon 2020. Solusi digital mereka dipamerkan menerusi sebuah penstriman langsung dalam talian, “Finale & Showcase”. Antaranya adalah RoadPlus, Ozel Sdn Bhd, ThinkersLab Sdn Bhd, eLancar dan Boss Boleh.

Penyelenggaraan Jalan Yang Lebih Cekap Dengan RoadPlus

MYHackathon 2020: Sebuah Perjalanan Maraton MOSTI Bersama Rakyat Untuk Mendigitalkan Perkhidmatan Kerajaan
MYHackathon 2020: Sebuah Perjalanan Maraton MOSTI Bersama Rakyat Untuk Mendigitalkan Perkhidmatan Kerajaan

NEUON AI, pemenang MYHackathon Kategori Maraton muncul dengan idea penyelenggaraan jalan dengan sistem pengesanan lubang jalan yang mesra digital. Menurut jurucakapnya, sistem yang diberi nama RoadPlus hasil ciptaan mereka telah terbukti berjaya mengesan lubang jalan dan terus dibaiki dalam tempoh 24 jam. Startup ini telah menarik perhatian ramai pihak selepas memenangi MYHackathon Kuching. Apatah lagi menjadi satu-satunya pasukan Sarawak yang berjaya memenangi hackathon di peringkat kebangsaan, syarikat ini turut menerima sokongan dan geran tambahan daripada Kerajaan Sarawak.

“RoadPlus mengintegrasikan teknologi Kepintaran Buatan (AI) dalam penyelenggaraan jalan dan sistem pengurusan (RMMS). Malah, RMMS yang kami aplikasikan juga adalah berdasarkan pendekatan sistematik untuk perancangan, pengurusan, pengarahan, dan kawalan operasi penyelenggaraan,” jelas Dr. Chai Kok Chin atau lebih mesra disapa sebagai KC. Beliau menjayakan projek ini bersama rakan pengasas, Marcus dan Yang Loong. Mereka mengasaskan syarikat NEUON AI Sdn Bhd (NEUON) pada bulan Disember 2018.

Menggunakan teknologi AI untuk jalan raya, RoadPlus bermatlamat untuk menyediakan solusi automasi untuk penyelenggaraan jalan raya. Secara ringkas, ia merupakan sebuah platform aduan yang ringkas dan solusi sehenti jimat kos yang terdapat dalam telefon pintar untuk proses pengesanan secara automasi. NEUON AI kini sedang berkolaborasi dengan agensi kerajaan, dewan bandaraya dan konsesi jalan raya. Produk utama mereka, servis RoadPlus Data ditawarkan berdasarkan permintaan.

“Pandemik COVID-19 sememangnya adalah waktu yang mencabar buat kami untuk melakukan proses pelaksanaan memandangkan kami perlu merentas beberapa daerah untuk sesi latihan dan pengujian RoadPlus. Ini menyebabkan proses ini tertunda dan beranjak dari jadual asal. Namun, pasukan kami telah mempunyai alternatif termasuklah melaksanakannya di bahagian Kuching. Kemudian, barulah kami menjalankan latihan melalui sesi dalam talian serta menyediakan klip video pendek untuk tujuan pembelajaran,” ujar jurucakap mereka.

Namun, situasi ini tidak menghalang projek ini untuk berjalan dengan sebaiknya memandangkan mereka berjaya untuk melaksanakannya secara rasmi dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu selama 8 bulan.

Akses Kepada Pengetahuan Agama Melalui Bahasa Isyarat Digital

Ozel Sdn Bhd atau dikenali sebagai Team iskanDAR telah memenangi MYHackathon Johor Bahru dengan inisiatifnya; buku interaktif pembelajaran asas Islam untuk komuniti orang kelainan upaya (OKU) pekak berusia tiga hingga enam tahun.

Pembangunan buku pembelajaran yang diberi nama “Learn The Basic of Islam in Sign Language with ISKANDAR” ini adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan adalah hak untuk semua.

“Buku ini dilengkapi dengan aplikasi mudah alih menggunakan teknologi realiti terimbuh (AR) untuk pembelajaran asas agama Islam dalam bahasa isyarat. Istimewanya, ia boleh digunakan tanpa capaian internet (offline). Oleh yang demikian, buku interaktif ini adalah sesuatu yang sangat sesuai digunakan semasa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) terutamanya sewaktu mengharungi era pandemik ini,” demikian menurut jurucakap Ozel mengenai solusi digital mereka. Digitalisasi pembelajaran bahasa isyarat seperti yang diusahakan oleh syarikat Ozel ini sememangnya suatu perubahan yang positif dalam bidang pendidikan khas negara.

Projek iskanDAR lahir daripada pernyataan masalah MYHackathon Johor Bahru yang bertemakan “Ilmu Pelita Hidup”. Untuk menjayakan projek perintis ini, mereka telah menjalinkan kerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Platform Latihan daripada Kerajaan kepada Rakyat, Dikuasakan Oleh Analitik Data 

MYHackathon 2020: Sebuah Perjalanan Maraton MOSTI Bersama Rakyat Untuk Mendigitalkan Perkhidmatan Kerajaan

Dengan latihan kemahiran selama 10,000 ribu jam tersedia untuk 30 juta rakyat Malaysia, eLancar merupakan salah sebuah projek keluaran pemenang MYHackathon yang kini sedang meningkat naik. Sehingga kini, mereka mempunyai lebih 100 orang pembimbing korporat dengan lebih 100 kandungan latihan di platform mereka.

eLancar merupakan sebuah platform analitik data yang membantu kerajaan menjalankan aktiviti peningkatan kemahiran (upskilling) rakyat melalui penyesuaian latihan secara terus atau penambahbaikan proses dalaman agensi untuk menguruskan latihan buat rakyat.

Pencapaian mereka memenangi MYHackathon tahun lalu secara tidak langsung telah memberi keyakinan baharu bahawa kerajaan sememangnya serius untuk melaksanakan perubahan menerusi teknologi. “Hal ini telah memberi kami peluang untuk berdiri sama tinggi dengan gergasi ekosistem startup di Malaysia. Kami tidak akan sampai ke tahap ini tanpa adanya bimbingan dan bantuan daripada para coach,” ujar wakil eLancar.

Sejak memenangi MYHackathon Kota Kinabalu, mereka telah dijemput sebagai sebahagian daripada delegasi Malaysia ke Ekspo 2020 Dubai.

Belajar Subjek STEM Melalui Bengkel Interaktif Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbuh (AR)

MYHackathon 2020: Sebuah Perjalanan Maraton MOSTI Bersama Rakyat Untuk Mendigitalkan Perkhidmatan Kerajaan

Tiada siapa dapat menyangkal bahawa subjek berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah sesuatu yang sangat penting untuk dikuasai di zaman millenial ini. Oleh yang demikian, pemenang MYHackathon Pulau Pinang iaitu ThinkersLab Sdn Bhd hadir dengan solusi digital yang dikenali sebagai Mat Metro (Mekanikal dan Elektronik).

Mat Metro merupakan sebuah bengkel interaktif yang berupaya menyediakan pembelajaran Kemahiran Asas melalui aplikasi teknologi VR dan AR.

Memetik intipati ‘pitch’ pasukan ini semasa peringkat akhir MYHackathon Pulau Pinang tahun lalu, rakyat Malaysia didapati mempunyai minat yang mendalam terhadap projek bina sendiri (DIY). Sehubungan itu, platform ini menyediakan asas projek DIY yang bersifat lebih interaktif bagi meningkatkan minat rakyat Malaysia terhadap bidang sains dan teknologi. Projek ini juga mendukung cita-cita untuk mempromosikan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) melalui pembelajaran interaktif.

Jurucakap ThinkersLab Sdn Bhd juga berterima kasih terhadap program MYHackathon yang membuka laluan untuk bengkel Mat Metro menjadi sebuah kenyataan. “MYHackathon telah menyediakan kami platform untuk mendirikan tapak asas prototaip. Tanpa MYHackathon, sukar untuk projek ini direalisasikan sepertimana ia sekarang,”

Sejak memenangi MYHackathon Pulau Pinang, Mat Metro telah berjaya menarik minat 100 orang pengguna untuk memuat turun aplikasi tersebut sekaligus mencuba produk mereka. Bukan itu sahaja, syarikat pengendali Mat Metro juga yakin dengan kemampuannya untuk menyediakan kandungan yang berkualiti untuk pihak berkepentingan.

Untuk pelan akan datang, syarikat pengendali Mat Metro bercadang untuk menaiktaraf aplikasinya dengan menambah fungsi VR secara penuh menggunakan fungsi kawalan Oculus. Mereka juga akan terus memperluaskan promosi bagi menarik lebih ramai pengguna.

“Projek ini sangat bermakna buat Institut Kemahiran MARA (IKM) kerana mereka mengharapkan lebih banyak kandungan pembelajaran seperti yang dibangunkan oleh Mat Metro,” jelas jurucakap ThinkersLab Sdn. Bhd.

Proses Pendaftaran Syarikat Secara Dalam Talian Yang Lebih Mudah Dengan Servis Automasi Pematuhan

MYHackathon 2020: Sebuah Perjalanan Maraton MOSTI Bersama Rakyat Untuk Mendigitalkan Perkhidmatan Kerajaan

Dalam usaha untuk menyediakan kemudahan kepada para usahawan untuk menubuhkan syarikat baharu mereka sekaligus memenuhi segala kriteria yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Boss Boleh telah mencipta sebuah platform dalam talian khas untuk tujuan ini.

Boss Boleh merupakan salah sebuah syarikat startup Malaysia yang berasal dari Kuala Lumpur yang telah memenangi MYHackathon 2020 untuk pusingan Pulau Pinang.

Bercakap mengenai cabaran yang dihadapi sewaktu membina platform ini, syarikat ini telah menyaksikan sistem legasi ditransformasikan ke saluran digital. Wakil Boss Boleh memberitahu bahawa salah satu cabaran yang dihadapi oleh mereka adalah untuk merealisasikan automasi Setiausaha Syarikat yang melibatkan kertas kerja manual, di mana situasi setiap syarikat adalah unik dan berbeza-beza. “Amalan pematuhan kebanyakannya adalah manual dan telah dibudayakan seperti ini selama berdekad-dekad lamanya. Usaha untuk mendigitalisasikan amalan ini adalah sesuatu yang besar. Apa yang kami lakukan sekarang ini baru separuh daripada perjalanan itu,”

Walau bagaimanapun, Boss Boleh tidak patah semangat dengan dugaan tersebut. Sebaliknya, mereka melihat banyak potensi yang boleh dibangunkan untuk membantu syarikat beralih ke alam digital. Mengakui masih banyak perkara yang perlu dilakukan, namun mereka yakin sudah berada di landasan yang tepat untuk maju ke depan dan merintis lebih banyak proses digitalisasi. Terkini, servis Boss Boleh telah ditampilkan dalam platform MYStartup. Ini sekaligus mencerminkan kredibiliti mereka sebagai syarikat startup yang dipercayai untuk memimpin digitalisasi di Malaysia.

Boss Boleh juga berharap dapat berkolaborasi dengan pelbagai jenis rakan kongsi seperti agensi kerajaan untuk mempromosikan solusi startup mereka, sekaligus mencapai misi untuk memberi impak kepada lebih 1 juta kehidupan para usahawan. 

MYHackathon Untuk Semua

Kita telah pun menyaksikan ramai bakat individu yang cemerlang serta startup berkebolehan dari seluruh negara untuk tampil ke hadapan. Setiap daripada mereka hadir dengan solusi digital yang dibentangkan menerusi MYHackathon 2020. Malaysia mempunyai ramai bakat dan tenaga mahir yang mampu menghasilkan solusi hebat. Kami juga berterima kasih kepada rakyat yang teruja apabila program hackathon nasional pertama Malaysia ini dilancarkan. Ini merupakan bukti bahawa rakyat mempunyai komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan masalah nasional bersama kerajaan.

Perjalanan MYHackathon telah mengumpulkan lebih daripada 1,800 peserta yang mendaftar dari seluruh Malaysia. Mereka telah menimba ilmu dan manfaat daripada lebih 10,000 jam sesi mentoring dan coaching. Dengan kepakaran daripada lebih 100 orang hakim senarai pendek, sebanyak 123 pasukan telah terpilih menjadi finalis. Di peringkat akhir, penjurian daripada 60 hakim yang terdiri daripada pelbagai latar belakang profesional startup telah merealisasikan impian 37 pasukan yang akhirnya bergelar pemenang. Daripada jumlah ini, sebanyak 19 pemenang kategori maraton meneruskan perjuangan untuk membina projek mereka sehingga ke peringkat perintis menerusi geran keseluruhan berjumlah RM 5.4 juta yang disalurkan di bawah inisiatif PENJANA.


Kini, setahun sudah pun berlalu sejak Finale MYHackathon 2020. Kita juga telah melihat banyak cabaran yang dilalui oleh para pemenang sewaktu pandemik bagi melayarkan solusi mereka ke garisan penamat. Keazaman, kesabaran, ilmu dan kepakaran telah diimplementasikan oleh lima startup pemenang MYHackathon ini. Sesungguhnya, cabaran kita belum berakhir di sini. Untuk tiba ke puncak digitalisasi, startup ini memerlukan sokongan berterusan daripada semua pihak untuk meneruskan perjalanan maraton mereka.

Leave a Reply