MIRA

Malaysia Infrastructure Reporting & Assessment (MIRA) menyediakan perkhidmatan bersepadu “end-to-end” bagi pengurusan & penyenggaraan aset awam. Ia mengintegrasikan sistem aduan pelbagai agensi kerajaan bagi menyediakan satu akses mudah bagi rakyat membuat aduan kerosakan aset awam. Ia membolehkan aktiviti penyenggaraan aset awam dilaksanakan dan dipantau secara terus termasuk pemeriksaan & penilaian aset, penghasilan laporan penyenggaraan serta pengiraaan kos penyenggaraan secara bersepadu.
Nama Syarikat
Borang My Digital PLT
Theme
Bina Negara
2,310 aset awam telah didaftarkan dari 10 agensi kementerian berbeza setakat November 2021
600 orang pemeriksa dari JKR seluruh Malaysia telah didaftarkan
Hampir 50,000 helaian penemuan telah dicatatkan untuk pemeriksaan awal aset awam berkaitan
Hampir 2,500 laporan telah dijana untuk penyenggaraan aset awam yang diperiksa