MYHackathon FAQs

MENYERTAI HACKATHON

Ya, anda dibenarkan. TETAPI – pastikan bahawa anda dapat mematuhi semua jadual hackathon

Ya, anda dibenarkan. TETAPI – pastikan bahawa anda dapat mematuhi semua jadual hackathon

Syarikat seharusnya diperbadankan pada atau lewat dari 1 September 2015

Kategori sprint disasarkan kepada mereka yang ingin mengalami hackathon, menikmati ideasi dan pengkodan, tetapi tidak ingin mengikuti rancangan pembangunan selama satu tahun dan dilancarkan setelah hackathon.

Kategori marathon adalah bagi mereka yang mencari peluang untuk menunjukkan solusi atau teknologi mereka kepada Kerajaan Malaysia dan bersedia melaksanakan projek perintis dalam jangka masa satu tahun. Juga, mereka mesti bersedia mematuhi syarat pemberian geran yang ditetapkan oleh CRADLE.

Sebanyak enam sesi hackathon antara bulan September dan Disember 2020

Hackathon sebenarnya adalah 7 hari: 1 hari di lokasi, dan 6 hari secara dalam talian.

Anda mesti menghantar prototaip dan bahan persembahan anda pada Hari ke 7 sebelum 11 malam.

Secara teknikal, anda boleh menyertai hackathon secara keseluruhan. Tetapi, anda dan pasukan anda HARUSLAH berusaha menghadiri Hari Pelancaran setiap hackathon kerana anda akan diberikan taklimat terperinci, bengkel “Ideation and Design Thinking” secara percuma, dan dapat berjumpa dengan Coach anda.

Panel hakim akan menyenarai pendek 20 penyelesaian terbaik dari hackathon itu: 10 dari penyerahan Sprint, dan 10 lagi dari penyerahan Marathon.

Sekiranya anda disenarai pendek, anda HARUS MENGHADIRI bootcamp sehari, dan mengemukakan idea anda pada hari ke-2. Senarai pemenang akan diumumkan pada hari yang sama.

MENGUSAHAKAN PERNYATAAN MASALAH

Terdapat sejumlah ENAM (6) hackathon. Setiap hackathon diberi TEMA. Setiap tema mempunyai beberapa pernyataan masalah terperinci. Anda boleh mengemukakan penyelesaian untuk SATU pernyataan masalah. Bergantung kepada kreativiti dan inovasi anda, sila nyatakan dalam cadangan solusi sekiranya solusi anda menyelesaikan lebih dari satu pernyataan masalah dalam tema yang sama.

Pernyataan Masalah dikeluarkan Tujuh (7) hari sebelum hackathon bermula.

Untuk melihat atau memuat turun Infokit Penyataan Masalah, pergi ke halaman acara MYHackathon masing-masing. Contohnya: Pernyataan masalah “Prihatin Rakyat” boleh didapati di MYHackathon Kuala Lumpur.

Semasa hackathon yang dijalankan di dalam talian selama Tujuh (7) hari, pasukan anda dan anda:

  1. Akan ditugaskan SATU coach
  2. Wajib menghadiri sesi bimbingan atau coaching sekurang-kurangnya 4 jam
  3. Digalakkan menghadiri webinar dalam talian

Setiap pasukan akan menerima pautan URL Penyerahan Projek. Untuk penyerahan akhir, anda diminta untuk:

  1. Isi Borang Penyerahan
  2. Muat naik Dek Pembentangan anda
  3. Kongsi pautan dan maklumat akses ke prototaip atau penyelesaian anda. ** Ini WAJIB untuk kategori Marathon, tetapi tidak perlu untuk kategori Sprint.

SAYA DI SENARAI PENDEK SEBAGAI FINALIST. APAKAH SETERUSNYA?

Sekiranya penyelesaian anda disenarai pendek, ketua pasukan anda akan diberitahu melalui e-mel dan melalui panggilan telefon.

YA. YA. YA. Sekiranya anda disenaraikan dalam senarai pendek, anda dan seorang ahli pasukan lain WAJIB menghadiri bootcamp. Pasukan anda yang lain boleh menghadiri bootcamp – tetapi bukan sebagai syarat.

Setiap hackathon di Malaysia dihoskan di negeri yang berbeza setiap kali. Anda boleh menghadiri hackathon secara maya  dan menghantar projek anda dari mana sahaja. TETAPI, anda dan seorang ahli pasukan yang lain WAJIB pergi ke negeri hackathon masing-masing untuk Hari Bootcamp dan Pitch. Contohnya: Sekiranya anda menyerahkan peyertaan Prihatin Rakyat, Bootcamp akan diadakan di Kuala Lumpur. Sekiranya anda berasal dari Sabah Рanda mesti pergi ke Kuala Lumpur.