Program MYHackathon 2024 adalah program hackathon peringkat kebangsaan yang diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu usaha Pendigitalan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Malaysia kepada Rakyat. Program ini merupakan sebuah inisiatif di bawah MYStartup yang dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta dilaksanakan oleh Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle).

Perjalanan

MYHackathon 2024

Pengumuman Pernyataan Masalah

Tujuh (7) Pernyataan Masalah diumumkan kepada orang awam pada 12 November 2024 menerusi hebahan di laman web MYHackathon 2024 dan seluruh platform media sosial Cradle dan MYStartup.

Pelancaran Rasmi MYHackathon 2024 & Pendaftaran Dalam Talian Dibuka

Majlis Pelancaran Rasmi MYHackathon 2024 Kohort 2 pada 25 November 2024.

Pendaftaran dalam talian turut dibuka untuk pasukan yang berminat menerusi laman web portal MYHackathon 2024 yang akan dibuka pada hari yang sama.

MYHackathon 2024 : Hari Pertama hingga Hari Ketujuh Belas
  • Hari Pertama: Majlis Pelancaran Fizikal

  • Hari Kedua hingga Ketujuh: Aktiviti dalam talian

  • Hari Ketujuh: Tarikh akhir penghantaran solusi

  • Selepas Hari Ketujuh:

    • Sesi senarai pendek peserta
    • Majlis Pitch Akhir
    • Pengumuman Pemenang secara fizikal
  • Semua maklumat ini terdapat dalam kit peserta yang boleh dimuat turun oleh peserta berdaftar.

Program Pasca-Kemenangan

Semua pemenang akan menerima bimbingan pelaksanaan projek selama 12 bulan. Bimbingan akan diberikan secara ‘one-to-one’ dari Pasukan Pengurusan dan panel mentor bagi memastikan setiap solusi berjaya disiapkan ke tahap pelaksanaan lapangan (pilot deployment).

Mengapa anda perlu

Menyertai MYHackathon 2024?

Menyelesaikan Masalah Sebenar

Setiap pernyataan masalah yang dikemukakan dalam MYHackathon 2024 dipilih daripada kementerian, jabatan atau agensi kerajaan yang benar-benar memerlukan penyelesaian.

Panel Mentor daripada Pakar Industri

Panel mentor MYHackathon 2024 terdiri daripada pakar industri untuk membantu setiap pasukan memahami pernyataan masalah dan maklumat industri/ekosistem dengan lebih baik.

Menangi Geran Bersyarat Bernilai RM250,000

Setiap pemenang MYHackathon 2024 bakal menerima geran bersyarat bernilai RM250,000 untuk menyiapkan projek penyelesaian rintis dalam tempoh 12 bulan selepas kemenangan.

Peluang untuk Solusi Menjadi Jualan Pasca Program

Sekiranya projek pelaksanaan lapangan berjaya, solusi tersebut memiliki potensi yang tinggi untuk jualan pasca program (follow on sales), sekaligus memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak pemenang dan kementerian, jabatan atau agensi kerajaan.

Senarai

Pernyataan Masalah

Pernyataan Masalah 1
Solusi digital untuk masalah memberi perkhidmatan bantuan guaman kepada rakyat yang layak.
Pernyataan Masalah 2

Solusi digital untuk masalah menguruskan cadangan projek PPP (Public-Private Partnership).

Pernyataan Masalah 3

Solusi digital untuk masalah merekodkan dan menguruskan prosiding sidang Parlimen.

Pernyataan Masalah 4

Solusi digital untuk masalah menguruskan dan memantau kerja pengurusan projek dan kontrak.

Pernyataan Masalah 5
Solusi digital untuk masalah menerima dan menguruskan aduan rakyat.
Pernyataan Masalah 6
Solusi digital untuk masalah menguruskan dan memantau pelaksaan program-program CSR dengan lebih telus, cekap dan efektif.
Pernyataan Masalah 7

Solusi digital untuk masalah jadual penanaman dan penuaian padi yang optimum.

Senarai

Pernyataan Masalah

Pernyataan Masalah 1
Pemilik : Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Solusi untuk masalah penuaian Buah Tandan Segar (BTS) untuk pokok sawit yang melebihi ketinggian 5 meter dan/atau solusi untuk masalah penuaian Buah Tandan Segar (BTS) di kawasan berbukit:

  • Sistem Teknologi Penuaian Buah Tandan Segar (BTS).
Pernyataan Masalah 2
Pemilik : Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Solusi untuk masalah pengesanan kematangan Buah Tandan Segar (BTS) untuk pokok sawit yang melebihi ketinggian 5 meter dengan penanda lokasi:

  • Sistem Teknologi Pengesanan Kematangan Buah Tandan Segar (BTS).
Pernyataan Masalah 3
Pemilik : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KASTAM)

Solusi untuk masalah permohonan duti rokok dan minuman keras (RMK) yang tidak efisien & mudah dimanipulasi oleh para pihak berkaitan (kerja pemprosesan, penjejakan dan pemantauan):

  • Sistem Critical Items Monitoring System (CrIMS).
Pernyataan Masalah 4
Pemilik : Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Solusi untuk masalah pengesanan dan kawalan pemindahan haiwan bagi tujuan penyembelihan, untuk menjamin kawalan
biosekuriti negara:

  • Sistem Pengesanan Pemindahan Haiwan (Animal Movement Tracking System).
Pernyataan Masalah 5
Pemilik : Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)

Solusi untuk masalah jenayah penipuan kewangan dan pelaburan haram ke atas rakyat secara di atas talian:

  • Sistem Pencegahan AI Scam Alert (AISA).
Pernyataan Masalah 6
Pemilik : Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM)

Solusi untuk masalah ketiadaan sistem pengurusan dan data masa sebenar untuk kerja pengurusan street lighting dan masalah ketiadaan sistem pemantauan dan data masa sebenar untuk kerja pengutipan sisa pepejal di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan
(PBT):

  • Sistem Dashboard Smart City dengan Modul Sistem Pengurusan Street Lighting & Modul Sistem Pemantauan Lori Pengutipan Sisa Pepejal.
Pernyataan Masalah 7
Pemilik : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCORP)

Solusi untuk masalah pemantauan dan kualiti perkhidmatan kutipan sisa pepejal di taman perumahan (bercukai):

  • Sistem Intelligent AI Monitoring & Operational Collection Detection.
Apakah

Kriteria Penyertaan MYHackathon 2024?

Senarai

Pemenang MYHackathon 2024 Kohort 1

Senarai Pemenang MYHackathon

Edisi Terdahulu

  • All
  • 2020 Winners
  • 2022 Winners
  • Cohort 1
  • Cohort 2
  • MYHackathon Johor Bahru
  • MYHackathon Kota Kinabalu
  • MYHackathon Kuala Lumpur
  • MYHackathon Kuching
Inisiatif oleh:
Dikuasakan oleh:
Sebuah program di bawah:
Rakan korporat:
Maxis
Rakan komuniti:
DigitalPenang-1

Daftar Minat untuk MYHackathon 2024 Kohort 2!

MYHackathon Interest

Adakah anda mempunyai solusi yang dicari?

Daftar untuk MYHackathon 2024!